Laman Utama · Cuti · Kalendar AktivitiTuesday, September 07, 2010
Calendar of Events

<<Jun 2010>>
MoTuWeThFrSaSu
123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930

Menu Utama
Laman Utama
Di Mana Kami ?
No Telefon Penting
Jabatan & Agensi
Galeri Foto
Cuti
Contact Me
Search
Kalendar Aktiviti

Iklaneka@sunet

Komuniti Blogger SU
Aba Muiz
Alien
Berlingo
Cemara West
Cikliah
Dbins
Eelya_Khadeeja
EFS
GAB
Hamas
hangperak
Jemay
Kakcik
Kicapsoda
Kudin
Lana
Lanz
Lanrambai
Masri
Mimiejibam
mk
mnazrolh
Reena_onn
Sayedli
Shamrin
Seri Pristana
Suealeen
SuZaimi
Tembakau
Ustaz Amal
Yop
Zain
Zuhaini
Zulsa

Kommuniti Flikr SU
Abu_muadz
Azlan
Berlingomerah
Dbins
Jemay
Lanrambai
Lekir
Lensa@SU
Melor
Riezmaldini
Ujang
Zain

Surat Khabar
Utusan Malaysia
Berita Harian
Harian Metro
Sinar Harian
The Malaysian Insider
The Star
The Sun
New Straits Times
The Malay Mail
Kosmo
Bernama
Harakah Daily
Malaysiakini
Agendadaily
Malaysia Hari Ini
Selangorkini
Berita Semasa
Malaysia Today
Malaysia In Focus
Malaysian Digest
MStar Online

Berita ( Luar Negeri )
Al-Jazeera
The Jakarta Post
Brunei News
Yahoo News
Reuters
CNN
The New York Times

Semak E-mail
Hotmail
Yahoo
Gmail

Pautan Tempatan
Apartment Rose
Bristana
KAFAI Darul Syahadah
Masjid An Nur
Masjid SU
PAS Saujana Utama
PAS Saujana Utama 2
Persatuan Penduduk SU2
PKR Saujana Utama
Pusat Giat Wanita
Seri Pristana
SK Saujana Utama
SMK Saujana Utama
Surau Al-Hidayah
Surau Al-Muhajirin
Surau Al-Mustaqim
Saujana Utama 3
UMNO Saujana Utama

Pautan Lain
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Selangor
Menteri Besar Selangor
MDKS
Talian Aduan Rakyat
JAIS

Aplikasi
Ramalan Cuaca
Pembaharuan CDL
Semakan Tempoh CDL
Semak Daftar Pengundi
Semak Saman JPJ
Semak Saman PDRM
Semak Taksiran MDKS
Semak Mata KEJARA
Semak Tender Kerajaan
Tempahan MAS
Tempahan Firefly
Tempahan Air Asia

News
Aktiviti@SU.net
kudin on August 22 2010 00:00:00 · Print
Bubur Lambuk Bristana @ Pristana

28 Ogos 2010 (Sabtu) : Ramadhan 1431H dimeriahkan lagi dengan program memasak bubur lambuk secara gotong royong yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Bristana, Seri Pristana. Sebanyak 2 periuk bubur lambuk telah dimasak dan diagihkan kepada seluruh warga Bristana. Agihan juga diberikan kepada Balai Polis Saujana Utama, surau-surau dan masjid sekitar Saujana Utama iaitu Surau Al-Ma'muriah, Surau Al-Hidayah, Masjid An-Nur dan Masjid Saujana Utama.

Program ini adalah bersempena dengan kedatangan Nuzul Quran iaitu 17 Ramadhan 1431H. Banyak sumbangan dari individu telah diterima berupa barangan dan kewangan. Alhamdulillah, dengan sumbangan yang diterima, projek ini berjaalan dengan lancar hingga kepenghujungnya. Jutaan terima kasih kepada penderma-penderma dan juga kepada warga Bristana yang sudi memerah keringat dari mula hingga selesai. Semangat yang ditunjukkan dari tuan/puan perlu dijadikan contoh dan pencetus keceriaan dalam apa jua aktiviti akan datang khususnya di Bristana.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut

Admin on September 01 2010 22:59:44 · Print
Bengkel Persediaan Akhir UPSR 2010 Al-Hidayah

Biro Muslimat Surau Al-Hidayah bersama Kelas Tuisyen Al-Hidayah telah menganjurkan Bengkel Persediaan Akhir UPSR 2010 di Bangunan KIDaS baru-baru ini. Bengkel tersebut diadakan dalam tiga sesi mengikut subjek iaitu Bengkel Sains pada 7 Ogos 2010, Bengkel Bahasa Inggeris pada 8 Ogos 2010 dan Bengkel Matematik pada 22 Ogos 2010. Yuran sebanyak RM20 dikenakanbagi setiap sesi bengkel. Program ini dikendalikan oleh seorang guru berpengalaman yang juga pembuat soalan Matematik UPSR bagi Ruangan Didik dalam sisipan akhbar Berita Harian. Beliau juga sering dijemput memberikan ceramah berkaitan tips menjawab soalan di seluruh negara.

Menerusi program ini, para peserta diajarkan tips mudah menghafal sifir. Sifir ini hendaklah ditulis oleh pelajar pada kertas soalan sebaik sahaja pengawas peperiksaan mengedarkannya. Oleh itu pelajar tidak membuat kesilapan sewaktu mengira kerana sentiasa boleh merujuk jadual sifir. Pelbagai tips yang sangat berguna diberikan, termasuk ramalan soalan UPSR 2010. Bagi tahun ini, UPSR akan bermula pada 21 September 2010.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut

Admin on August 24 2010 23:00:11 · Print
MP Kuala Selangor Turun Saujana Utama

Pada hari Ahad 22 Ogos 2010 yang lepas, YB Dr Dzulkefli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor bersama isterinya telah memberi ruang masa untuk bersama-sama penduduk Saujana Utama terutamanya di kariah Surau Al-Hidayah, Saujana Utama. Program beliau dimulakan dengan beramah mesra bersama anak yatim kariah dan seterusnya mengagihkan beberapa bantuan pendidikan kepada anak yatim seperti alat bantuan pembelajaran matematik, beg sekolah dan lain-lain. Antara lain beliau menyatakan peri pentingnya pendidikan bagi masa depan yang cemerlang. Kemudian YB, juga bersama AJK Surau Al-Hidayah turut membuat pengedaran Bubur Lambuk Al-Hidayah kepada ahli kariah.

Di kesempatan ini juga, beliau sempat hadirkan diri di pasar ramadhan Saujana Utama bagi melihat sendiri pengurusan pasar ramadhan pada tahun ini. Beliau juga mengambil peluang untuk beramah mesra, bertanya khabar serta menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh penduduk. YB juga turut berbesar hati ‘belanja’ kuih Tepung Pelita Paya Jaras untuk pengunjung-pengunjung pasar ramadhan yang bertuah. Beliau ditemani oleh Tn Hj Maskor Pegawai Khasnya, En Fakarudin Ismail Ahli Majlis Kuala Selangor, dan beberapa AJK Surau Al-Hidayah. Program bersama Surau Al-Hidayah diakhiri dengan penyampaian Tazkirah Iftar di Surau Al-Hidayah sebelum berbuka puasa bersama-sama penduduk. Program beliau kemudiannya disambung dengan penduduk Seri Pagi yang mana beliau mendirikan Solat Isyak di Masjid An-Nur dan sempat memberi Tazkirah sebagai peringatan kepada penduduk di kawasan tersebut.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut

Admin on August 24 2010 22:37:17 · Print
Wabak Denggi Menyerang SU Lagi !!!!

Ahad 22hb Ogos 2010, satu perjumpaan antara penduduk dengan Pejabat Kesihatan Kuala Selangor (PKKS) telah diadakan di Balairaya Saujana Utama pada pukul 9 pagi. Perjumpaan bertujuan untuk memberi penerangan tentang wabak denggi dan cara-cara pencegahannya. Walaupun ianya lebih menumpukan kepada penduduk Flora dan Anggerik tetapi seperti dalam pengumuman yang telah dibuat di Surau Al-Hidayah sebelum ini, penduduk Lili dan Cemara juga dijemput hadir. Malangnya, kehadiran amat mengeciwakan. Walaupun pemberitahuan sudah dibuat dengan cara hebahan disurau, penghantaran SMS, penyampaian lisan jiran-jiran dan pada pagi tersebut, hebahan melalui laungan dari pikap PKKS, yang hadir tak sampaipun 20 orang. Hinggakan pada awal perjumpaan petugas PKKS lebih ramai dari penduduk

Apakah makna semua ini?. Adakah kita sebagai penduduk terlalu suka mengambil mudah tentang hal-hal semasa dan sekeliling kita. Ini bukan hal remeh. Ini hal penting yang melibatkan kesihatan. Ini bukan sakit biasa. Ini demam denggi yang boleh menyebabkan kematian. Sehinggakan ada jiran-jiran bersebelahan rumah yang sudah dijangkiti pun tidak hadir. Selepas sesi penerangan, petugas PKKS bergerak ke Fasa Anggerik utk menjalankan tugas menyembur racun nyamuk kerumah-rumah diAnggerik 3 dan 5. Hanya sedikit sahaja bilangan penduduk yang membersihkan kawasan rumah mereka seperti yang disarankan oleh PKKS. Mungkin rumah mereka sudah bersih dari gangguan nyamuk aedes.. Tapi bagaimana dengan rumah sekeliling, yang kosong umpamanya.

Adakah kita yakin yang kita 'immune' dengan penyakit ini. Adakah rumah kita diselubungi kelambu sehingga seekor nyamuk pun tidak akan masuk rumah kita. Adakah kita sudah tidak memperdulikan musibah yang menimpa sekeliling kita?. Adakah kita SIMPLY DON'T CARE?

Lagi gambar dan perbincangan lanjut

Admin on August 24 2010 22:33:58 · Print
Pengumuman Khas - Wabak Denggi

PERSATUAN PENDUDUK SAUJANA UTAMA (SUTRA)

SUTRA MEMOHON SEMUA PENDUDUK FASA ANGGERIK, CEMARA, FLORA DAN LILI UNTUK MENGEMBALIKAN BORANG DAN BAYARAN PROGRAM KAWALAN KESELAMATAN ANJURAN SUTRA PADA ATAU SEBELUM 21 OGOS 2010 KEPADA:-

(i) Pasaraya 10 to 10 (Bendahari SUTRA)
(ii) Pengerusi SUTRA (Sdr Zakri Iskandar)
(iii) Setiausaha SUTRA (Sdr Roslan Ismail 012-3583285)
(iv) Kaunter Perkhidmatan di Surau Al-Hidayah (Dibuka selepas Jumaat hari ni dan selepas Terawih hari ini dan Sabtu)

AMARAN DENGGI OLEH PEJABAT KESIHATAN KUALA SELANGOR

Pejabat Kesihatan Kuala Selangor telah mengklasifikasikan kawasan Saujana Utama, SBCR & Sri Pristana sebagai kawasan kritikal wabak Denggi. Oleh itu Pejabat Kesihatan memohon jasa baik semua penduduk mengambil tindakan SEGERA untuk MEMBERSIHKAN KAWASAN kediaman SENDIRI sebagai langkah untuk mengawal penyakit ini dari merebak. Pihak Pejabat Kesihatan tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan SAMAN jika didapati rumah tuan-tuan mempunyai takungan air yg dihuni oleh jentik-jentik.

* Informasi terkini:- Sebagai tambahan statistik Denggi bulan Ogos adalah:-

Fasa Anggerik 6 kes
Fasa Flora 2 kes
Fasa Cemara 1 kes

Kawasan Fasa Anggerik telah diklasifikasikan sebagai KAWASAN WABAK.

Perbincangan SUTRA dgn En Nik Azmi Pej. Kesihatan Kuala Selangor juga menetapkan supaya Ahad 29 Ogos depan sebagai hari untuk sesi penerangan kepada penduduk jika masalah ini tidak dapat dikawal.

Mereka akan memeriksa & mengeluarkan saman jika ada takungan air yg mempunyai jentik-jentik.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut

Admin on August 20 2010 14:44:18 · Print
Bubur Lambuk Al-Hidayah Kembali Lagi

Bubur Lambuk Al-Hidayah muncul kembali dengan munculnya Ramadhan Al-Mubarak. Telah menjadi tradisi pihak Surau Al-Hidayah, menyediakan juadah ini sebagai santapan semasa berbuka puasa untuk seluruh penduduk di Saujana Utama serta taman di sekitarnya pada setiap kali hujung minggu dalam bulan Ramadhan. Penyediaan bermula seawal selepas solat Zuhor secara bergotong royang di kalangan ahli kariah Surau Al-Hidayah.

Pada kali ini ianya di bantu oleh Kumpulan Remaja Rakan Surau Al-Hidayah yang turut bersama menyediakan juadah yang istimewa ini. Pada 15 Ogos yang lalu, sebanyak 4 periuk bubur lambuk disediakan secara gotong royong. Pengedaran dibuat bermula sebaik solat Asar. Sambutan daripada orang ramai untuk mendapatkan juadah ini sangat mengalakkan dan dalam masa sekejap sahaja kira-kira 500 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut

Admin on August 18 2010 23:04:17 · Print
Pasar Ramadhan Saujana Utama 2010

Apabila tibanya Ramadhan, kemeriahan Pasar atau Bazar Ramadhan menjaid suatu kemestian. Seolah-olah Ramadhan tidak akan meriah tanpanya. Ketika itulah usahawan Ramadhan tumbuh menjalankan aktivitinya di Pasar Ramadhan merata tempat. Bagi orang ramai, di situlah peluang untuk mendapatkan pelbagai juadah sama ada untuk berbuka puasa ataupun untuk bersahur lantaran tidak sempat menyediakan keran baru pulang dari tempat kerja. Begitulah juga Pasar Ramadhan Saujana Utama tidak kurang pentingnya peranannya dalam menghidupkan suasana Ramadhan.

Tahun ini adalah kali kedua ianya di adakan di Pesiaran Saujana 3, bermula dari persimpangan Persiaran Saautaja 1 hingga persimpangan Persiaran Saujana 2 berhampiran bangunan KIDaS. Namun dengan kenaikan harga petrol dan gula, bagaimanakah ianya memberikan kesan terhadap harga jualan di Pasar Ramadhan ? Adakah sama sahaja dengan harga tahun lepas atau terdapat kenaikan. Bagaimana dengan variasi jualannya ? Adakah timbul lagi isu parking di hadapan rumah sekitar ? Mungkin ada yang begitu istimewa di Pasar Ramadhan kali ini untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Kongsikan pengalaman anda.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut

Admin on August 12 2010 17:58:49 · Print
Ahli Majlis Meninjau Pasar Tani

Pada pagi Sabtu 7 Ogos 2010 yang lepas, Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, sempat meluangkan sedikit masa untuk bersama masyarakat Pasar Tani yang terdiri dari peniaga tempatan, peniaga luar serta pengunjung-pengunjung pasar tani. Sambil berkenalan beliau juga mengedarkan Jadual Imsak dan Berbuka Puasa 2010 bagi kemudahan penduduk di bulan Ramadhan yang akan datang. Beliau juga sempat bertukar-tukar pandangan dengan Pegawai FAMA serta Jawatankuasa Pasar Tani, Saujana Utama berhubung dengan beberapa perkara yang belum selesai dan berjanji akan membawa perkara ini di peringkat Majlis Daerah Kuala Selangor.

Ramai pemilik gerai Pasar Tani yang berterima kasih atas kesudian Ahli Majlis yang sedia berjumpa dengan mereka kerana sehingga hari tersebut, mereka kebanyakkan tahu nama Fakaruddin tetapi tidak tahu bagaimana rupa paras ahli majlis yang baru ini. Para pengunjung juga ada yang mengucapkan tahniah kepadanya dan berharap akan dapat menjalankan tugas dengan yang terbaik. Ada juga yang mengambil kesempatan yang meluahkan perasaan tidak puas hati tentang satu-satu isu dan En Fakaruddin telah memberi masa dan ruang di Pejabat Ahli Majlis yang terletak di Balairaya untuk menceritakan secara terperinci tentang permasalahannya.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut

Admin on August 11 2010 23:14:18 · Print
Ceramah Israk Mikraj Bristana Meriah

Majlis ilmu anjuran Persatuan Penduduk Bristana ( PPB ) diteruskan lagi dengan program ceramah agama sempena ketibaan tarikh mengenang peristiwa yang telah berlaku keatas Junjugan Besar Nabi Muhammad SAW yang lalu iaitu peristiwa Isra' dan Mikraj. Ceramah pada 8 Ogos 2010 ini telah disampaikan oleh Ustaz Azrul Hakim Suradi iaitu bekas pembantu kepada imam masjid negeri Selangor yang juga pengajar di sebuah tahfiz di Shah Alam, Selangor. Program ini diadakan juga adalah sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba.

Sambutan dikalangan seluruh warga Bristana khususnya dan jiran-jiran terdekat dalam kawasan Seri Pristana amat menggalakkan. Tetamu yang hadir dihidangkan dengan sajian bubur lambuk yang disediakan penduduk secara gotong royong yang bermula sejak petang. Kerjasama yang diberikan seluruh peserta patut diberi pujian dalam usaha memastikan dan menjayakan program agar lebih meriah dan tersusun.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut

Admin on August 10 2010 00:00:00 · Print
Karnival Perpaduan & Kejiranan Sihat SU2

Bertempat di perkarangan Masjid Saujana Utama, satu Karnival Perpaduan dan Kejiranan Sihat SU2 telah diadakan pada hari Sabtu, 31 Julai 2010 bermula dari jam 8.30 hingga 6.00 petang. Majlis Perasmian telah dilakukan oleh Pn Rohaida Abdul Kadir, Pegawai Perpaduan Kuala Selangor. Program ini dianjurkan oleh KRt Saujana Utama 2 dan Persatuan Penduduk Saujana Utama 2 dengan kerjasama Masjid Saujana Utama.

Turut di adakan ialah pameran dan demontrasi daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba, Jabatan Penjara, Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan kaunter bergerak MDKS. Tidak ketinggalan pertandfingan mewarna, jogathon serta gerai jualan daripada penduduk setempat.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut

Admin on August 05 2010 00:00:00 · Print
Page 1 of 45 1 2 3 4 > >>
Member Poll
Berbanding dengan tahun lepas, harga makanan yang dijual di Bazar Ramadhan Saujana pada tahun ini adalah

Sama sahaja
Sama sahaja
17% [5 Votes]

Mahal sikit
Mahal sikit
60% [18 Votes]

Tak pasti
Tak pasti
23% [7 Votes]

Votes: 30
Started: 15/08/2010 11:49
Ended: 04/09/2010 23:03

Polls Archive
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Pengguna Online
Tetamu Online: 4
Bukan Ahli Online:

Ahli Berdaftar: 979
Belum Diaktifkan: 0
Terbaru : merahatisu
Last Seen Users
suealeen< 5 mins
Alistair Fle...< 5 mins
Rotu8400:06:44
hamiza00:14:19
kuchai00:28:02
Admin00:44:10
epi00:46:34
hjumar01:14:10
Kiss01:49:43
spitfire02:10:23
emylia02:27:11
poknik05:08:49
Isma_A705:16:54
edika05:38:51
skuyah06:15:20
pakeminem06:24:33
betty06:39:18
pak_aq06:53:58
paek06:58:08
azlan_aznam07:08:59
Kotak Menjerit
You must login to post a message.

hamas
06/09/2010 17:00
Agaknya si Nash sedang di interrogate

Akak
06/09/2010 14:10
kemana hilangnya ya..

kicapsoda
06/09/2010 13:49
sosilawati kena culik ka? makcik tu kayo smiley

susgbuloh
06/09/2010 12:06
kalau firefox dekat security tab, untick block reported attack sites. tapi memang macam ada virus.

Jemay
06/09/2010 10:48
ye laa... chrome pon baru td dpt warning malware...

suealeen
06/09/2010 10:30
Jemay, baik firefox atau pun chrome dua-dua ada malware alert...

maulana
06/09/2010 10:24
susilo bambang....jika susi jee ada kat rumah aku....jln jangan pandang belakang tau komeng.....

Jemay
06/09/2010 10:20
ingatkan Susilo tadi.. smiley

hamas
06/09/2010 10:12
Yang pernah kawin dengan Nash tu ?

KakTuya
06/09/2010 09:55
Sosilawati hilang? Dikurung? Diculik?

Jemay
06/09/2010 09:38
google chrome tiada malware...

KakTuya
06/09/2010 08:53
Jika kau membiarkan dia pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

poknik
06/09/2010 07:39
So, disamping sibuk brsiap utk H.Raya, jgn lupa utk teruskan amal ibadah kita hingga akhir Ramadhan...

poknik
06/09/2010 07:33
ikut Imam Ghazali, kalau puasa brmula hari Ahad atau Rabu, mlm LQ kmungkinan bsr pd mlm 29.. mungkin jer... skadar brkongsi smiley

Admin
06/09/2010 06:58
Sedang mencuba lagi untuk remove warning virus tu ...

poknik
06/09/2010 05:50
kalau guna IE takde pulak warning tu...

susgbuloh
05/09/2010 22:32
malware lagi. firefox kena disable block reported attack site baru boleh masuk. hmm..ada info ke pasal ni admin?

poknik
05/09/2010 22:00
TV3 tarik balik iklan kontroversi Aidil Fitri selepas dibantah, dah mohon maaf pun dlm Berita jam 8 td.. smiley

suealeen
05/09/2010 13:46
asyik dapat virus alert je masuk SU.net. semalam ada satu file tu auto dimuatturun bila masuk forum ni...

poknik
05/09/2010 12:53
kata setengah ulama', jika kita skadar brkerut dahi dihdpn ibu, (mgkin sbb rasa xpuashati/xstuju), itupun sudah dikira derhaka, apatah lg jika lbh dari itu??? renung2kanlah...

Jeritan Lama
Ke Atas Semula
© Copyright 2007-10 Saujanautama.net, Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
.: Penafian :.
Pihak Panel Portal tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan
atau gangguan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

745815 Unique Visits
Engine: Entrance Theme / originaly Black act Revised by Design-Shoppen