Laman Utama · Kalendar AktivitiMonday, July 28, 2014
Berita Terkini
Menu Utama
Laman Utama
Di Mana Kami ?
Jabatan & Agensi
No Telefon Penting
Galeri Foto
Cuti Kelepasan 2012
Persekolahan 2012
Contact Me
Search
Cara Upload Gambar
Kalendar Aktiviti

Iklaneka@sunet

Komuniti Blogger SU
Aba Muiz
Alien
Berlingo
Cemara West
Cikliah
Dbins
Eelya_Khadeeja
EFS
GAB
Hamas
hangperak
Jemay
Kakcik
Kicapsoda
Kudin
Lana
Lanz
Lanrambai
mamanini
Masri
Mimiejibam
mk
mnazrolh
Polymerase
Reena_onn
Sayedli
Shamrin
Seri Pristana
Suealeen
SuZaimi
syahrul76
Tembakau
Ustaz Amal
Yop
Zain
Zuhaini
Zulsa

Kommuniti Flikr SU
Abu_muadz
Azlan
Berlingomerah
Dbins
Jemay
Lanrambai
Lekir
Lensa@SU
Melor
Riezmaldini
Ujang
Zain

Surat Khabar
Berita Harian
Harian Metro
New Straits Times
Sinar Harian
The Malaysian Insider
The Star
The Sun
The Malay Mail
Utusan Malaysia
Kosmo
Bernama
Harakah Daily
Malaysiakini
Agendadaily
Malaysia Hari Ini
Selangorkini
Berita Semasa
Malaysia Today
Malaysia In Focus
Malaysian Digest
MStar Online

Pautan Tempatan
Apartment Rose
Bristana
KAFAI Darul Syahadah
KRT Saujana Utama
Masjid An Nur
Masjid SU
Nisa-SaujanaUtama
PAS Saujana Utama
PAS Saujana Utama 2
Persatuan Penduduk SU2
PKR Saujana Utama
Pusat Giat Wanita
SBCR
Seri Pristana
SK Saujana Utama
SMK Saujana Utama
Saujana Utama 3
Surau Al-Hidayah
Surau Al-Muhajirin
Surau Al-Mustaqim
Surau SBCR
Sutamacyclo
UMNO Saujana Utama

Pautan Lain
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Selangor
Menteri Besar Selangor
MDKS
Talian Aduan Rakyat
JAIS

Aplikasi
Ramalan Cuaca
Pembaharuan CDL
Semakan Tempoh CDL
Semak Daftar Pengundi
Semak Saman JPJ
Semak Saman PDRM
Semak Taksiran MDKS
Semak Mata KEJARA
Semak Tender Kerajaan
Tempahan MAS
Tempahan Firefly
Tempahan Air Asia

News
Majlis Ramah Mesra SUTRA

Majlis Ramah Mesra penduduk bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor telah diadakan pada 19 Julai 2008 di Balai masyarakat SU1 pada jam 5.00 petang. Selain daripada YB Dr Zuklfli Ahmad dan Supritendan Ibrahim Chin, turut hadir ialah tiga orang Ahli Majlis Kuala Selangor yang baru dilantik iaitu En Rosham bin Muhammad, En Khairul Annuar bin Ahmad serta En Ahmad Bungsu Hamid Tuah. MDKS diwakili oleh En Zulkifli.

Dalam majlis tersebut pelbagai soalan telah diajukan oleh penduduk dalam forum tersebut seperti pembinaan masjid, dewan orang ramai, pembinaan kuil, penambahan sekolah serta kelas, gelanggang futsal, masalah bau najis ayam dan keselamatan. Sebelum sesi dialog, turut diadakan ialah upacara simbolik penyerahan kunci Balai Masyarakat SU1, kepada SUTRA yang diwakili oleh Pengerusinya iaitu Sdra Zakri Iskandar.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 20 2008 04:50:00 · Print
Bengkel Smart Solat Surau Al-Hidayah

Satu Bengkel Smart Solat telah diadakan di Surau Al-Hidayah Saujana Utama pada 19 Julai 2008. Seramai 131 pelajar telah mengikuti bengkel yang bermula pada jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Dalam program ini, para peserta didedahkan dengan asas pengetahuan berkaitan fardu ain wuduk, solat dan pembacaan zikir di samping penerapan sahsiah muslim, yang penting sebagai suatu benteng yang ampuh ke arah melahirkan generasi yang berilmu dan menjadi pewaris kepada ummah akan datang.

Program bersempena dengan Bulan Solat Surau Al-Hidayah ini dianjurkan bersama Brilliance MQ Sdn Bhd. Dalam majlis penutup bengkel, Sdra Hassan Bin Masrom, Pengerusi Surau Al-Hidayah berharap agar program ini mencapai maksudnya dan memberikan impak serta kesedaran tentang peri pentingnya solat sebagai satu ibadah terpenting yang membentuk kehidupan seseorang dan pertama dihisab di padang mahsyar nanti, sebelum amalan lain. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada peserta.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 20 2008 04:49:31 · Print
Pertandingan Ulat Buku Kali Ke-2

Bertempat di perpustakaan Sekolah Kebangsaan Saujana Utama ( SKSU ), satu pertandingan Ulat Buku Kali 2 telah di adakan pada hari Sabtu 19 Julai 2008.Pertandingan ini telah dianjurkan oleh AJK Program Galakan Membaca ( NILAM ) sempena Bulan Membaca 2008. Tujuan pertandingan ini diadakan untuk menanam minat para pelajar membaca secara berterusan serta menjana minda kreatif dan kritis. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan berharap agar pertandingan seumpama ini dapat menarik minat murid untuk terus membaca dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 20 2008 04:18:43 · Print
Teknologi Baru Hydrofuel

Ketika ramai orang sibuk bercerita samada di blog atau di tempat-tempat makan mengenai isu politik semasa, tiba-tiba kita terdengar berita dalam TV yang agak menarik. PM semalam melancarkan projek pemasangan alat penjimatan bahan api kenderaan yang menggunakan teknologi Hydrofuel. Menerusi teknologi ini, 70% petrol dan 30% air digunakan sebagai penjana tenaga bagi menggerakkan kenderaan.

Memang menakjubkan. Ini pastinya menarik minat ramai dari kita terutamanya dengan peningkatan harga minyak yang menyebabkan kestabilan kewangan masing-masing berada dalam kritikal. Namun sejauh manakah prestasi, kebaikan, kelemahan serta kesan sampingan penggunaan teknologi ini ?

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 19 2008 15:24:56 · Print
Operasi Besar-Besaran ?

Berbondong-bondong kereta Polis memasuki Saujana Utama dan berpuloh anggota polis berkumpol pada jam 11.30 malam, Khamis 17 Julai 2008 di hadapan Balai Polis Saujana Utama. Beberapa orang penduduk yang ditemui merasa hairan dan tertanya-tanya. Ada operasi besar-besarankah pada malam ini ? Apakah yang bakal diburu ? PATI atau penjenayah yang dikehendaki ?

Krew su.net cuba menghampiri Balai Polis tersebtu bagi mendapatkan maklumat lanjut. Tapi terpaksa beredar setelah kehadiran mereka disedari oleh pihak Polis yang dilihat kurang senang dengan kehadiran krew su.net. Namun dalam masa yang sama, ada juga yang tidak menghiraukan apa yang berlaku dan terus dengan aktiviti kegemarannya. Tidak kurang juga walaupun tinggal berdekatan Balai Polis, tetapi keenakan meraikan kedinginan malam Jumaat dengan sebaik-baiknya

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 17 2008 16:30:49 · Print
Kempen Elak Kecurian Motosikal


Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 15 2008 18:10:00 · Print
Ekoran Debat 'Turun Harga Minyak'

Debat Khas diantara Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shaberi Chik dengan Penasihat Umum Parti Keadilan yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan di Dewan Bahasa Pustaka, 15 Julai 2008, jam 9.00 malam. Debat yang ditungu-tunggu dan berjaya menarik perhatian ramai ini telah disiarkan dalam banyak saluran TV di negara kita.

Bagi warga Saujana Utama, mereka tidak ketinggalan mengikuti debat ini sama ada di rumah, kedai dan restoran sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Namun, apakah kesan daripada debat ini ? Hujjah siapa yang lebih menarik ? Apakah warga Saujana Utama yakin bahawa harga minyak akan boleh turun sekiranya DSAI naik menjadi PM ?

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 15 2008 15:33:10 · Print
Menara Mercu Tanda Surau Jumaat An-Nur

Menara yang bakal menjadi mercu tanda Surau Jumaat An-Nur sedang rancak dibina. Pembinaannya telah bermula sejak Jun 2008 dan dijangka siap dalam bulan Julai ini. Menara setinggi 40kaki ini bakal menempatkan sistem pembesar suara bagi membolehkan laungan azan dapat didengari oleh lebih ramai penduduk sekitar. Menurut Tn Hj Harun bin Abdul Rahman, selaku Nazir Surau Jumaat An-Nur, kos keseluruhan menara tersebut dianggarkan sebanyak RM 35,000. Serentak dengan itu, perluasan kawasan surat dengan membina pagar tambahan turut dilakukan.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 15 2008 01:42:55 · Print
Tapak Pasar Malam Yang Baru ?

Pada hari Jumaat 11 Julai lalu, sepasukan petugas dari Majlis Daerah Kuala Selangor di lihat menjalankan kerja-kerja mengukur serta membuat tanda di Persiaran Saujana 3. Ramai yang tertanya-tanya untuk apakah kerja-kerja tersebut dilakukan. Terdapat desas desus yang mengatakan itu adalah tapak pasar malam yang baru, sama ada yang dipindahkan dari tapak sekarang di Seri Pagi atau merupakan satu lagi tambahan tapak pasar malam. Ada juga yang mengatakan tapak bazar Ramadhan.

Sekiranya tempat tersebut adakan untuk Bazar Ramadhan atau pasar malam, adakah jalan tersebut sesuai ? Ini kerana Persiaran Saujana 3 merupakan antara jalan yang agak sibuk. Sekiranya bazar Ramadhan atau pasar malam diadakan di kawasan tersebut, ia bakal mengundang masalah lalulintas lain.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 14 2008 17:34:41 · Print
Diskusi Menyingkap Rahsia Khusyuk Solat

Program Diskusi Menyingkap Rahsia Khusyuk Dalam Solat telah diadakan di Surau Al-Hidayah pada 13 Julai 2008, mulai jam 9.30 pagi. Program ini adalah merupakan salah satu daripada aktiviti pengisian sempena Bulan Solat Surau Al-Hidayah sepanjang bulan Rejab. Kira-kira 100 orang telah hadir mengikuti program yang sarat dengan pelbagai ilmu dan tips mengenai solat yang khusyuk ini.

Dalam pengisian pertama, Ustaz Halim bin Din, Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor telah membincangkan tajuk ‘Pengertian Dan Hakikat Khusyuk Dalam Solat’. Ustaz Halim turut membuat ulangkaji berhubung dengan rukun dan syarat sah solat di samping membuat penegasan bahawa solat juga diertikan sebagai doa. Manakala dalam pengisian kedua pula, Ustaz Ridhuan Ismail, seorang pendakwah bebas telah menghuraikan tajuk ‘Bagaimana Mencapai Solat Yang Khusyuk’. Program tamat pada kira-kira jam 1.15 tengahari.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 14 2008 05:08:58 · Print
Ternakan Ikan Di Jalan Dahlia

Sejak kenaikan minyak baru-baru ini, kebanyakkan penduduk mula memikirkan untuk mendapatkan pendapatan kedua bagi menampung kehidupan mereka. Selari menyahut seruan kerajaan untuk ubah gaya hidup serta memenafaatkan tema 'Pertanian suatu Perniagaan', pelbagai peluang kedengaran seperti membela ikan, lintah, cacing, kambing, ayam, cengkerik dan bermacam lagi dibuka untuk diterokai.

Salah seorang penduduk Saujana Utama tidak ketinggalan mengambil inisiatif untuk menjadi usahawan ternakan. Beliau ialah En Zainurin yang telah memulakan menternak ikan talapia merah sejak 2 bulan yang lalu. Alhamdullilah, setakat ini projek ini berjalan seperti yang dirancangkan.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 10 2008 00:52:33 · Print
Page 39 of 55 << < 36 37 38 39 40 41 42 > >>
Video Pilihan

Rakaman Kuliah Feqah
Oleh Ustaz Hasrizal
@ Surau Al-Hidayah,
pada 05 Nov 2012
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Pengguna Online
Tetamu Online: 2
Bukan Ahli Online:

Ahli Berdaftar: 1,319
Belum Diaktifkan: 40784
Terbaru : azilahchan
Last Seen Users
Kman 1 week
amnabas 2 weeks
irabahari 2 weeks
eszek 3 weeks
bababobok 3 weeks
polymerase 3 weeks
zuhaini 4 weeks
oneshah77 4 weeks
lomangsebatang 4 weeks
tudor 4 weeks
jai1616 4 weeks
yobza 5 weeks
Faretha Begum 5 weeks
monazah 6 weeks
masslina 6 weeks
leemoh 7 weeks
kakak 9 weeks
angahjija10 weeks
myra11 weeks
idah13511 weeks
Kotak Menjerit
You must login to post a message.

eszek
03/07/2014 02:15
boleh sesapa share info weekend maid? sy sdg mencari ..wassaup di 0192831793.tq

lomangsebatang
25/06/2014 08:00
Kalau baru nak mohon mmg dah terlambat, undian sudah lepas

kakak
24/05/2014 13:38
Salam.Sapa tau apa-apa pasal bazar ramadhan ni? Nak join niaga..Anyone?

lomangsebatang
24/03/2014 06:17
Cafe Secret Recipe Kini di Saujana Utama

idarin
21/01/2014 01:16
Tuisyen sains sek ren-sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi cikgu ida 0126246501

idah135
09/01/2014 11:23
Sya mencari penjaga baby umur 2 bln . Ada sesiapa tahu. Sy di sbcr

madhya
03/01/2014 03:47
salam n slamat tahun baru 2014 khusus warga saujana utama wlaupun hari2 traffic jem...

myra
19/12/2013 12:47
assalam....kengkawan.. recommend contractor renovation rumah 0132326000 mr.saiful

angahjija
12/12/2013 06:40
salam...sapa ada contact reper tombol kunci pintu rumah pls...

madhya
12/12/2013 01:58
HOMESTAY SU 2 DI JLN MERANTI 7 BOLEH CAL 019 3527734

zimbo
03/12/2013 05:27
kontraktor melayu nie dari luar.bukan org SU.

zimbo
03/12/2013 05:26
bagi harga amat murah dari kontraktor lain.pertengahan jaln akan create isu utk jadikan alasan cabut lari dari menyiapkan keje setelah wang progress diterima.atas alasan projek tak untung.kontraktor m

zimbo
03/12/2013 05:24
Warga SU perlu hati2 dlm memilih kontraktor utk bina rumah dan reno.beberapa orang telah ttipu di SU dgn sorang kontraktor nie..manis mulut berckp pd awalnya utk dptkn projek.bagi harga amat murah dar

zimbo
03/12/2013 04:47
Alfatihah...tp sy nk tye, arwah ni Rizal yg buat wiring elektrik tu ke? yg badan berisi sikit..

zall
16/11/2013 01:26
platform utk hantar iklan atau pengumuman apa2... www.saujanautama.com

idah135
31/10/2013 23:42
Alfatihah. Bila dikebumikan. Kami nak ziarah. Tapo tak tahu alamat. Dah cuba call wife nye tapi tak berqngkat. Ada sesiapa tahu alamat rumah arwah. Arwah seorang yg baik sgt

angahjija
31/10/2013 23:32
assalam..dukacita dimaklum kan saudara Rizal kita (reper brg letrik SU) telah pn pergi mengadap Illahi jam 3 pagi tadi ..alfatihah buat arwah :-(

ibnor508
31/10/2013 01:10
AM ada arrange layar besar live final Piala Malaysia kat SU tak tahun ni?

akinopal
13/08/2013 05:19
siapa ada contact utk khidmat cuci rumah? bole share number? tq

miefie74
06/08/2013 05:34
Nak cari home tutor untuk sekolah rendah ada sesiapa yang tahu tak. Mintak sharekan

Jeritan Lama
Ke Atas Semula
© Copyright 2007-12 Saujanautama.net, Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
.: Penafian :.
Pihak Panel Portal tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan
atau gangguan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

4130327 Unique Visits
Engine: Entrance Theme / originaly Black act Revised by Design-Shoppen