Laman Utama · Kalendar AktivitiWednesday, November 26, 2014
Menu Utama
Laman Utama
Di Mana Kami ?
Contact Me
Kalendar Aktiviti
Cara Upload Gambar
Search
No Telefon Penting
Galeri Foto
Iklaneka@sunet
Surat Khabar
Utusan Malaysia
Berita Harian
Harian Metro
Malaysiakini
Agendadaily
Malaysia Hari Ini
Selangorkini
Berita Semasa
Malaysia Today
Malaysia In Focus
Malaysian Digest
MStar Online

Pautan Tempatan
Apartment Rose
Bristana
KAFAI Darul Syahadah
KRT Saujana Utama
Masjid An Nur
Masjid SU
Nisa-SaujanaUtama
PAS Saujana Utama
PAS Saujana Utama 2
Persatuan Penduduk SU2
PKR Saujana Utama
Pusat Giat Wanita
SBCR
Seri Pristana
SK Saujana Utama
SMK Saujana Utama
Saujana Utama 3
Surau Al-Hidayah
Surau Al-Muhajirin
Surau Al-Mustaqim
Surau SBCR
Sutamacyclo
UMNO Saujana Utama

Pautan Lain
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Selangor
Menteri Besar Selangor
MDKS
Talian Aduan Rakyat
JAIS

Aplikasi
Ramalan Cuaca
Pembaharuan CDL
Semakan Tempoh CDL
Semak Daftar Pengundi
Semak Saman JPJ
Semak Saman PDRM
Semak Taksiran MDKS
Semak Mata KEJARA
Semak Tender Kerajaan
Tempahan MAS
Tempahan Firefly
Tempahan Air Asia

News
49 Murid UPSR Peroleh 5A Di SK Saujana Utama

Keputusan UPSR seluruh negara mula dikeluarkan pada pagi 13 November 2008. Seramai 518,616 calon menduduki UPSR pada tahun 2008. Keputusan UPSR tahun ini dianggap penting sebagai penentu sama ada Pengajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris ( PSMI ) diteruskan atau tidak. Ini adalah kerana kumpulan ini merupakan yang pertama yang mengikuti PSMI sejak tahun satu.

Sementara itu daripada 392 seramai calon UPSR di SK Saujana Utama tahun ini, 49 murid telah memperolehi 5A. Jika diukur daripada segi peratus, ini mengatasi pencapaian 2007. Pada tahun 2007, seramai 36 murid memperolehi 5A daripada 297 murid, atau sebanyak 12.12 peratus. Manakala 34 murid pula mendapat 4A. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya, ibubapa, termasuk juga kepada para guru yang begitu dedikasi serta tidak lupa PIBGnya.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on November 13 2008 13:37:45 · Print
Lagi Rungutan Tapak Pasar Malam

Rasanya sudah lebih 3 bulan tapak Pasar Malam dipindahkan dari Jalan seri Pagi ke Persiaran Saujana 3, berhampiran Padang Anggerik. Perpindahan ini dikatakan untuk memberikan keselesaan orang ramai, sama ada daripada segi keselamatan, ruang letak kereta serta gangguan kepada pihak SKSU. Kesesuaian tempat ini telah menjadi perbahasan sejak mula sebelum pemindahan dilakukan.

Namun ketidakpuasan hati dalam perkara ini nampaknya masih berlarutan. Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagi Mek berkata, ‘Sejak berpindah ke tapak baru, saya terasa malas membeli di Pasar malam tu’. Tambah beliau lagi, sudahlah luas sangat kawasan, kedudukan jenis-jenis jualan menyukarkan untuk membuat pilihan. Manakala seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Che Nun berkata, saya tak pernah berjalan dari mula sampai ke hujung deretan gerai. Itu yang tak bestnya tapak pasar malam yang baru ni, tambah beliau lagi. Benarkah begitu kepada diri anda ?

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on November 13 2008 13:21:53 · Print
Hari Kecemerlangan KIDaS 2008

Hari Kecemerlangan Murid KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) 2008 telah diadakan di Bangunan KIDaS pada 8 November 2008 mulai 8.30 pagi. Majlis ini diadakan bagi memberikan anugerah serta pengiktirafan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik sepanjang 2008. Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Zainal Abidin Sulaiman, Pegawai Tadbir Agama Kuala Selangor. Turut hadir ialah Ustaz Samunar Hamdan, Penyelia KAFA Daerah Kuala Selangor, barisan AJK Pengurus dan AJK Surau Al-Hidayah Saujana Utama serta para ibubapa.

Selain daripada hadiah kecemerlangan mengikut kelas, turut disampaikan anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik, pemenang Pertandingan Hafazan Surah Yasiin, Pengawas KIDaS serta anugerah Tokoh Murid. Adik Maisarah bte Jamari telah dipilih sebagai Tokoh Murid Perempuan, manaka adik Muhammad Ihtisyamuddin bin Mohd Zaidi terpilih sebagai Tokoh Murid Lelaki. Majlis juga diserikan dengan bacaan Al-Quran dan persembahan nasyid murid-murid KIDaS.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on November 10 2008 00:57:41 · Print
Pasukan Bomba Memusnahkan Sarang Tebuan

Jika sebelum pernah pasukan Bomba Dan Penyelamat datang ke Saujana Utama semata-mata untuk menyelamatkan kucing yang terperangkap dalam saluran air, pada 6 November kira-kira jam 9.30 malam, Pasukan Bomba Dan Penyelamat Batang Berjuntai datang ke hujung Jalan Cemara 7 untuk memusnahkan sarang tebuan.

Kedatangan pasukan tersebut adalah ekoran laporan yang dibuat oleh seorang penduduk berhampiran yang dikenali sebagai Abang Mat. Menurut beliau, seorang pelajar SMK Saujana Utama dalam perjalanan pulang ke rumah telah disengat oleh tebuan yang telah membuat sarang di salah sebuah pokok berhampiran pagar sekolah pada petang hari tersebut. Difahamkan, sarang tersebut telah berada di situ sejak beberapa hari yang lalu. Dengan menggunakan alat saluran yang dihubungkan dengan tabung gas memasak, sarang tebuan tersebut dibakar. Operasi selesai dalam masa 10 minit sahaja.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on November 06 2008 14:40:14 · Print
Aduan Bau Busuk Lagi ...

Nampaknya masalah bau busuk yang sering melanda di kawasankita mendapat liputan media lagi. Kali ini penduduk dikawasan Desa Coalfield pula membawa isu ini untuk diajukan kepada YB Ahli Parlimen Kuala Selangor yang baru. Perkara ini tersiar dalam akhbar Sinar Harian terbitan Rabu 5 November 2008.

Apakah tindakan susulannya kali ini ? Setelah banyak kali perkara ini dikemukakan kepada pelbagai pihak serta media dengan harapan masalah akan selesai. Kita mengharap dan terus mengharap agar ianya dapat di atasi. Sejauh mana pula kali ini ?

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on November 05 2008 23:13:30 · Print
Kesan Kemenangan Obama Kepada Kita

Pilihanraya bagi memilih President Amerika Syarikat ( AS ) yang akan menggantikan Bush pada Januari 2009 nanti telah pun diketahui keputusannya. Mungkin ramai diantara kita telah mengikutinya sejak pemilihan wakil Parti Demokrat, dimana ketika itu Barack Obama menewaskan Hillary bagi mencipta sejarah tersendiri. Obama ingin menjadi Presiden AS kulit hitam pertama, manakala Hillary ingin menjadi Presiden pertama dari kalangan wanita.

Obama, 47, senator parti Demokrat dari Illinois, menewaskan lawannya dari parti Republikan, Senator John McCain dari Arizona, untuk menjadi presiden ke-44 Amerika Syarikat hari ini. Apakah kesan kemenangan Obama kepada dunia dan kita sendiri ? Mungkin Amerika akan berubah, tetapi sejauh mana kesannnya kepada Malaysia ? Ataukah kita menganggap, siapa saja menjadi President AS, sama saja perangainya.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on November 05 2008 14:30:52 · Print
Majlis Penghargaan Dan Sekalung Budi Pengawas SMKSU 2008

Majlis Penghargaan Dan Sekalung Budi Badan Pengawas 2008 SMK Saujana Utama ( SMKSU ) telah diadakan pada hari Selasa, 4 November 2008 di Restoran Rumah Thai, Saujana Utama. Majlis ini diadakan bagi menghargai seramai 56 pengawas ( termasuk dua orang dari kelas Pendidikan Khas ) SMK Saujana Utama tahun 2008. Pn Salmah binti Mohd Yassin, selaku Pengetua SMKSU telah hadir dan merasmikan majlis berkenaan. Turut hadir ialah guru-guru dalam Jawatankuasa Induk Lembaga Disiplin Dan Badan Pengawas SMKSU 2008.

Selain daripada jamuan, turut diadakan penyampaian Sijil Dan Penghargaan kepada semua pengawas. Dalam majlis tersebut juga, Ketua Pengawas SMKSU 2008, Syed Ozal Zakaria bin Syed Ledin telah dianugerahkan sebagai Tokoh Pengawas SMKSU 2008.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on November 04 2008 15:47:40 · Print
Selamat Menghadapi UPKK 2008

Ujian Penilaian Khas KAFA ( UPKK ) bagi Sekolah-sekolah Agama dan KAFA Integrasi seluruh Selangor sedang berlangsung mulai dari 3 November 2008 dan berakhir pada 7 November 2008. Seramai 137 pelajar Tahun 5 KIDaS mengambil ujian ini. Turut mengadakan ujian ini ialah di KAFA An-Najihin dan Sri Umar Zuhdi.

Ujian ini disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ). Keputusan ujian ini boleh dijadikan nilai tambah bagi permohonan pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam aliran agama selepas UPSR nanti. Selalunya keputusan diumumkan pada awal tahun berikutnya. Bersama kita doakan akan kejayaan mereka.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on November 04 2008 06:58:04 · Print
Masyarakat Setempat Diseru Aktif

Kerjasama penduduk setempat dalam penglibatan Rukun Tetangga (RT) yang ada di kawasan perumahan mereka amat penting bagi mengurangkan kadar kecurian harta benda dan keselamatan terjamin. Pengerusi Persatuan Penduduk Saujana Utama3, Azman Jamaludin berkata, komitmen dan kerjasama semua penduduk dalam RT amat penting kerana ia bukan sahaja dapat mengurangkan kadar jenayah malah mampu mengeratkan hubungan.

Beliau berkata demikian ketika ucapannya dalam Jamuan Perdana Saujana Utama 3 2008 di Padang Permainan SU3 pada malam 1 November 2008 yang dihadiri lebih 500 penduduk setempat. Kehadiran warga SU3 yang beramai-ramai di taman permainan kanak-kanak SU3 telah memeriahkan susasana pada malam itu. Selain jamuan turut diadakan persembahan kanak-kanak, mercun serta penyampaian hadiah.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on November 04 2008 06:25:20 · Print
Jamuan Mesra Aidil Fitri Surau Al-Hidayah

Bertempat di Dataran Al-Hidayah, Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Surau Al-Hidayah 1429H telah diadakan pada Sabtu 1 November 2008, mulai 8.30 malam. Majlis ini diadakan bagi meraikan ahli kariah dan penduduk disekitarnya sempena Ramadhan dan Syawal yang berlalu. Menu Istimewa pada malam tersebut adalah Nasi Beriani Kambing sumbangan AJK Surau Al-Hidayah, Mee Hoon Sup, Cendol dan keropok lekor.

Majlis yang lebih berkonsepkan rilek dan santai telah mendapat sambutan yang begitu baik. Antara pengisian ialah wayang pacak cerita Upin & Ipin, persembahan rangkaian lagu-lagu nasyid oleh Ustaz Amal, penyampaian hamper kepada keluarga bertuah serta pentunjukan bunga api. AJK Surau Al-Hidayah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang sentiasa memberikan sokongan kepada segala aktiviti yang pihak surau jalankan dan menyeru agar sentiasa bersama memikirkan cara terbaik untuk mengimarahkan Surau Al-Hidayah.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on November 02 2008 16:00:00 · Print
Jamuan Aidil Fitri Surau Al-Mustaqim 2008

Surau Al-Mustaqim Saujana Utama tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Jamuan Aidil Fitri. Penganjuran ini dilakukan bersekali antara penduduk Iris Apartmen dengan penduduk perumahan jenis Maple yang juga merupakan ahli kariah bagi Surau Al-Mustaqim. Sebanyak 5 ekor kambing aqiqah dan 70 ekor ayam telah tumbang bagi dijadikan juadah dalam majlis tersebut. Penyediaan juadah dilakukan secara gotong royong yang diadakan mulai malam 1 Novemver 2008.

Majlis berlangsung pada 2 November 2008, berhampiran dengan Surau Sementara Al-Mustaqim, mulai 10.00 pagi. Sejak awal lagi, para penduduk telah turun dan datang beramai-ramai menikmati juadah yang disediakan. Apa yang diharapkan ialah terjalinnnya hubungan lebih akrab dikalangan penduduk di situ. Majlis berakhir pada kira-kira jam 2.30 petang.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on November 02 2008 14:38:32 · Print
Page 32 of 55 << < 29 30 31 32 33 34 35 > >>
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Pengguna Online
Tetamu Online: 3
Bukan Ahli Online:

Ahli Berdaftar: 1,319
Belum Diaktifkan: 42588
Terbaru : azilahchan
Last Seen Users
madhya 1 day
idah135 2 days
biruenie 1 week
Admin 1 week
yobza 1 week
herol 1 week
sirapLimau 1 week
hair 2 weeks
amnabas 2 weeks
kemboja 2 weeks
zall 6 weeks
masslina 6 weeks
mie 7 weeks
onnabila 9 weeks
berlingomerah 9 weeks
orggagah10 weeks
cik non11 weeks
haniazhar11 weeks
50113 weeks
syahrul7613 weeks
Kotak Menjerit
You must login to post a message.

madhya
25/11/2014 08:06
HOMESTAY SAUJANA UTAMA 2 CALL..019 3527734 / 4050 6445 AJIE TQ.

madhya
25/11/2014 08:03
salam all..homestay su2 ,promosi cuti sekolah nov,dec,jan cal laju2 019 352 7734 / 4050 6445

idah135
24/11/2014 03:28
pada pandangan saya perlu

Admin
13/11/2014 09:47
Mohon cadangan adakah portal ini perlu diaktifkan semula ?

zall
04/09/2014 03:08
forum kat mana2 pun mmg byk tinggai sawang angkara FB..

501
26/08/2014 11:08
Assalamualaikum...tumpang
tanya....umah sewa double storey brapa sewa kat su1 ni


eszek
03/07/2014 02:15
boleh sesapa share info weekend maid? sy sdg mencari ..wassaup di 0192831793.tq

lomangsebatang
25/06/2014 08:00
Kalau baru nak mohon mmg dah terlambat, undian sudah lepas

kakak
24/05/2014 13:38
Salam.Sapa tau apa-apa pasal bazar ramadhan ni? Nak join niaga..Anyone?

lomangsebatang
24/03/2014 06:17
Cafe Secret Recipe Kini di Saujana Utama

idarin
21/01/2014 01:16
Tuisyen sains sek ren-sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi cikgu ida 0126246501

idah135
09/01/2014 11:23
Sya mencari penjaga baby umur 2 bln . Ada sesiapa tahu. Sy di sbcr

madhya
03/01/2014 03:47
salam n slamat tahun baru 2014 khusus warga saujana utama wlaupun hari2 traffic jem...

myra
19/12/2013 12:47
assalam....kengkawan.. recommend contractor renovation rumah 0132326000 mr.saiful

angahjija
12/12/2013 06:40
salam...sapa ada contact reper tombol kunci pintu rumah pls...

madhya
12/12/2013 01:58
HOMESTAY SU 2 DI JLN MERANTI 7 BOLEH CAL 019 3527734

zimbo
03/12/2013 05:27
kontraktor melayu nie dari luar.bukan org SU.

zimbo
03/12/2013 05:26
bagi harga amat murah dari kontraktor lain.pertengahan jaln akan create isu utk jadikan alasan cabut lari dari menyiapkan keje setelah wang progress diterima.atas alasan projek tak untung.kontraktor m

zimbo
03/12/2013 05:24
Warga SU perlu hati2 dlm memilih kontraktor utk bina rumah dan reno.beberapa orang telah ttipu di SU dgn sorang kontraktor nie..manis mulut berckp pd awalnya utk dptkn projek.bagi harga amat murah dar

zimbo
03/12/2013 04:47
Alfatihah...tp sy nk tye, arwah ni Rizal yg buat wiring elektrik tu ke? yg badan berisi sikit..

Jeritan Lama
Ke Atas Semula
© Copyright 2007-12 Saujanautama.net, Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan
.: Penafian :.
Pihak Panel Portal tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan
atau gangguan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

4564656 Unique Visits
Engine: Entrance Theme / originaly Black act Revised by Design-Shoppen