|
|

|

|
 |

| Kejayaan Berganda Atlet Termuda Sukan Sea ke-26 |
|
Atlit muda negara, Nur Najiha Azman Hisham, 12, yang memenangi pingat gangsa acara catur Sukan SEA di sini, kelmarin, membuktikan pelajar aktif sukan boleh cemerlang dalam pelajaran apabila memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumum baru-baru ini.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, Sungai Buluh, Selangor, menerima perkhabaran gembira itu pagi semalam, apabila ibunya menghubungi seorang pegawai pasukan catur Malaysia di sini, untuk memaklumkan kejayaannya mendapat keputusan cemerlang. "Saya sangat gembira sekali kerana segala usaha keras saya berlatih catur dan mengulang kaji pelajaran membuahkan kejayaan. “Kejayaan saya membuktikan seseorang pelajar yang aktif dalam bidang sukan juga boleh berjaya pelajaran jika rajin berusaha dan pandai membahagikan masa antara sukan dan buku," katanya yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor dan menjadi doktor.
Lagi gambar dan perbincangan lanjut
|
|
Admin on November 29 2011 22:13:23 ·
|



|
|
|
|
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
Tetamu Online: 2
Bukan Ahli Online:
Ahli Berdaftar: 1,319
Belum Diaktifkan: 14896
Terbaru : azilahchan
|
|