Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 atau MAHA 2008 sedang berlangsung di Serdang Selangor. Pameran ini dianggap bukan sahaja yang terbesar di Malaysia, tetapi mungkin di Asia Tenggara. MAHA 2008 telah diiktiraf oleh The Malaysian Book of Records sebagai pameran terbesar di Malaysia.
Diadakan bermula dari 13 Ogos hingga 23 Ogos, ianya boleh dianggap acara ‘must attend’, memandangkan diadakan semasa cuti sekolah berlangsung. Pelbagai pameran, pertunjukan dan inovasi yang berkonsepkan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ diadakan. Kongsikan pengalaman anda di sana.
Berdasarkan kepada data murid sehingga Julai 2008, anggaran murid pada tahun 2009 ialah seramai 3370 berbanding sekarang 2,967 orang. Jika purata murid satu kelas ialah 40 orang, ini 84 kelas diperlukan sedangkan SK Saujana Utama hanya mempunyai 80 kelas, dan setakat ini SKSU akan kekurangan 4 bilik darjah. Persolannya, apakah jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah ini kerana berdasarkan sumber yang dipercayai, projek pembinaan SK Peri Pristana ditangguhkan.
Walau bagaimanapun, beebrpa perkara perlu diingat iaitu, murid yang terlalu ramai menyebabkan penumpuan pembelajaran akan kekurangan, guru akan mengalami permasalahan dalam mengendali sesebuah kelas, pengurusan tandas murid akan semakin teruk kerana penggunaannya yang banyak, waktu Ko-kurikulum (koko) tidak dapat dijalankan dengan sempurna serta pertambahan masalah sosial murid. Oleh yang demikian kita perlu membuat sesuatu untuk menangani masalah ini pada tahun depan.
Kerja-kerja pemasangan cerucuk ( piling ) bagi pembinaan Masjid Saujana Utama yang tertangguh dijangka akan bermula pada 14 Ogos 2008. Ini dimaklumkan oleh wakil kontarktor dalam Mesyuarat Tapak Kali Ke-5 yang diadakan pada 13 Ogos 2008, jam 10.00 pagi di Pejabat JKR Kuala Selangor. Tengahari tadi, jentera berkaitan telah berada di kawasan tapak serta sebahagian daripada 129 ceruruk telah dihantar.
Sementara itu Pengerusi Jawataankuasa Pembinaan, Tn Hj Harun Abdul Rahman melahirkan rasa kesal yang amat sangat kerana pihak Glomac yang ditemui pada minggu lepas, didakwa telah mungkir atau menarik balik janjinya untuk menyumbang RM1 juta bagi hiasan dalaman Masjid Saujana Utama. Janji tersebut telah disampaikan oleh wakil Glomac dalam satu mesyuarat bersama penduduk dan YB Dato Amiruddin Setro selaku ADUN Jeram yang diadakan di Surau Al-Hidayah pada 3 September 2005 serta Mesyuarat AJK Penaja Pembinaan Masjid Saujana Utama pada 18 Jun 2005. Bagaimana tindakan kita ?
Satu Demontrasi Silat Cekak anjuran SUTRA dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ( Cawangan Kuang ) telah diadakan di Padang Anggerik pada 10 Ogos 2008, jam 4.00 petang. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Sdra Zakri Iskandar Mohd Amin selaku Pengerusi SUTRA, serta barisan pimpinan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ( Cawangan Kuang ).
Demontrasi oleh 15 pesilat ( termasuk 2 orang wanita ) ini diadakan sebagai pengenalan untuk penduduk sebelum pihak SUTRA bercadang untuk membuka gelanggang mempelajari seni silat tersebut di Saujana Utama. Demo ini diketuai oleh oleh Sdra Selamat, manakala Sdra Farook bertindak sebagai pengulas.
Kejohanan Sukan Antara Surau-Surau Kali Ke-2 telah diadakan pada hari Ahad, 10 Ogos 2008 di Surau Al-Hidayah Saujana Utama. Sebanyak 7 buah surau telah menyertai kejohanan ini, iaitu Surau Al-Mujahirin ( SU3 ), Surau Al-Ikhwan ( SU2 ), Al-Hijrah ( SBCR ), Surau (S) SBCR, Surau Al-Mustaqim ( Iris Apartment ), Surau Al-Iman ( Rose Apartment ) dan Surau Al-Hidayah. Sebanyak 5 jenis acara dipertandingkan iaitu Street Socer, Ping Pong dan Karom bagi Muslimin manakala Ping Pong dan Congkak bagi Muslimat.
Dalam ucapan alu-aluan, Pengerusi Surau Al-Hidayah selaku tuan rumah kejohanan menyatakan rasa syukur atas penyertaan dari kalangan surau-surau ini demi mengeratkan silaturahim dan menunjukan penyatuan umat islam dalam aktiviti bersukan. Menurut beliau lagi, surau bukan saja tempat beribadah tetapi merupakan juga tempat semua jenis aktiviti kemasyarakatan dan menuju kearah surau sebagai nadi penggerak masyarakat. Surau Al-Hidayah telah muncul sebagai juara keseluruhan apabila menjadi juara dalam 3 daripada 5 acara yang dipertandingkan, iaitu Street Soccer, Karom dan Congkak.
Pada Sabtu 9 Ogos 2008, bertempat di Koner Kambing @Coner 7 Eleven Komuniti Cemara West, telah berlangsung kempen kitar semula bagi menyahut seruan “Kempen Alam Sekitar Yang Lebih Bersih”. Kempen ini juga diadakan bagi mengisi tabung Cemara West. Acara bermula pada jam 8.45 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari.
Banyak barangan yang disumbangkan oleh para penduduk atas kesedaran mereka tentang pentingnya menjaga alam sekitar. Pembeli yang telah dijemput, hadir pada pukul 11.00 pagi dan telah mengambil semua barangan yang dikumpulkan. Hasil jualan barangan tersebut, sejumlah RM 406 telah berjaya diperolehi. Berdasarkan sambutan yang baik, pihak Cemara West bercadang untuk mengadakan program ini dari semasa ke semasa. Sebelum ini Komuniti Flora pernah mengadakan aktiviti yang sama. Bagaimana pula dengan komuniti yang lain ?
Karnival Usahanita 2008 telah berlangsung di Saujana Utama pada 9 & 10 Ogos 2008. Karnival ini diadakan bagi memberi peluang usahawan wanita untuk meluaskan rangkaian pemasaran produk. Ianya dianjurkan bersama Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi ( MECD ), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ) dengan kerjasama Glomac Berhad. Perasmian karnival ini telah dilakukan oleh YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koprasi pada 9 Ogos, jam 10.00 pagi.
YB Dato’ Saifuddin dalam ucapannya berharap objektif karnival dapat di capai. Ini adalah kerana menurut beliau, di samping tidak menafikan betapa ramainya usahawan dari kalangan wanita, namun tidak ramai daripada mereka yang berjaya dan menjadi ternama serta tampil membuat permohonan pinjaman. Kira-kira 80 gerai yang produk dan perkhidmatan yang kebanyakkannya diusahakan oleh kaum wanita dan institusi kewangan dibuka. Pelbagai aktiviti diadakan seperti pameran, ceramah, forum, permainan untuk kanak-kanak dan persembahan artis nasyid.
Negara China yang rakyatnya begitu percaya dengan angka '8' telah memilih 8 Ogos 2008 untuk memulakan Sukan Olimpik Ke-29 secara rasminya. Dalam temasya sukan terbesar dimuka bumi ini, apakah kita bakal melihat buat kali pertamanya negara kita meraih Emas ?
Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 33 atlit, menaruh harapan kepada acara badminton. Malaysia turut beraksi dalam memanah, pelumba berbasikal dan atlit taekwondo negara. Ganjaran RM 1 juta telah diumum bagi menyuntik semangat atlit kita. Bagaimana peluang Malaysia agaknya.
Satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Viva berlaku di selekoh SU3 pada waktu pagi ketika para penduduk sibuk bergegas hendak ke tempat kerja. Kereta tersebut dikatakan hilang kawalan, lalu melanggar pokok di tepi jalan dan terbalik di situ juga. Mangsa dikatakan di bawa ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga lewat petang, masih tidak dapat diketahui nasib pemandu serta mereka yang berada dalam kenderaan tersebut.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai kopitiam mendakwa, semenjak 9 bulan duduk kat SU 3, ini merupakan kemalangan kali ke-3 di selekoh yang sama. Kebanyakknya menurut beliau, kemalangan tersebut berlaku disebabkan hilang kawalan. Seorang penduduk yang dikenali sebagai Wadii pula berkata, selain kemalangan ini, beliau juga mendakwa terdapat satu lagi kereta terbabas di ladang kelapa sawit Elmina pagi tadi.
hang perak 20/08/2008 17:30 Mimi,bukan ke no hp tujuh angka,no hp awak tak cukup satu.
mimi 20/08/2008 17:20 sesiapa nak order raya cookies...tart gulung,peanut butter,cornflakes,and chocolate chips..semua harga sama....50 pieces untuk harga RM 20..100%butter...kualiti dijamin....sila contact mimi 017-678371
Hangperak mula seronok dengan laman blog barunya. Banyak kisah dipaparkan demi mengasah bakat penulisannya. Katanya nak lawan Cikliah. Untuk selanjutnya, kunjungilah blognya.
Reena bercerita tentang pengalaman serta detik-detik cemas melahirkan baby barunya baru-baru ini. Untuk lanjut kunjungilah blognya.
Zulsa berpandangan, sebagai ahli masyarakat taman, tidak boleh tidak terpanggil dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan. Namun sejauh mana kita memupuk semangat itu? Dimana titik temu menjana semangat itu? Ikuti pandangan beliau selanjutnya ...
Setelah being pampered and adored dengan maid for 8 months, Cikliah tak menang tangan dan kembali maidless. Hari pertama tanpa bibik, balik kerja collect baju-baju sekolah 4 pasang untuk direndam. Sabun dulu tempat yang kotor sangat dengan sabun cap kapak. Sental sikit then masuk washing machine, basuh dengan mode soak. Putar 3 kali dalam masa 45 baru wash and rinse. Mana nak larat basuh tangan macam bibik buat setiap pagi ... ikuti kisah selanjutnya.
Emylia bercerita tentang pengalaman gurunya 'disergah orang tak betul sikit' di Central Mart, Saujana Utama recently. Untuk lanjuut kunjungilah blognya.
Nampaknya alien ada petua awet muda secara saintifik dalam blognya. Katanya Sebenarnya apabila ingin kelihatan cantik, tampan dan sihat, apa yang anda masukkan ke dalam tubuh anda adalah lebih penting. Bagaimana kaedah itu dilakukan ?
Sudah lebih tiga orang bloggers telah dipanggil mengadap polis akibat tulisan-tulisan mereka serta komen-komen dalam blog mereka. Persoalannya, apakah garispanduan bagi blogger untuk menulis dalam blognya ? Ikuti pandangan Berlingo dalam blognya.
Kicapsoda mempunyai sebab tersendiri untuk melahirkan rasa syukur dengan apa yang berlaku last week dan tahniah kepada suaminya. Katanya lagi, for what is worth, it makes me think that life is indeed a circle. Hari ini kita di atas, esok kita di bawah. We'll never know what's going to happen in the future. For me, this invaluable experience has taught us to be prudent in our expenses, to be grateful and count our blessings for whatever Allah has bestowed us upon and to appreciate all the little things that we took for granted before.