Laman Utama · Cuti · Kalendar Aktiviti July 05 2008 04:16:08
Senyum Tapir
Navigation
Laman Utama
Di Mana Kami ?
No Telefon Penting
Jabatan & Agensi
Galeri Foto
Cuti
Contact Me
Search
Kalendar Aktiviti

Komuniti Blogger SU
Aba Muiz
Alien
Berlingo
Cikliah
EFS
GAB
Hamas
Imyanti
Jemay
Kicapsoda
Kudin
Lanrambai
mnazrolh
Reena_onn
Suealeen
Ustaz Amal

Surat Khabar
Utusan Malaysia
Berita Harian
Harian Metro
Sinar Harian
The Star
The Sun
New Straits Times
The Malay Mail
Bernama
Harakah Daily
Malaysiakini
Agendadaily

Berita ( Luar Negeri )
Al-Jazeera
The Jakarta Post
Brunei News
Yahoo News
Reuters
CNN
The New York Times

Semak E-mail
Hotmail
Yahoo
Gmail

Pautan Lain ( Tempatan )
KAFAI Darul Syahadah
PAS Saujana Utama
PKR Saujana Utama
SMK Saujana Utama
Surau Al-Hidayah
Surau Al-Mustaqim
Saujana Utama 3
UMNO Saujana Utama

Pautan Lain
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Selangor
Menteri Besar Selangor
Majlis Daerah K. Selangor
Talian Aduan Rakyat
JAIS

Aplikasi
Ramalan Cuaca
Pembaharuan CDL
Semakan Tempoh CDL
Semak Daftar Pengundi
Semak Saman JPJ
Semak Saman PDRM
Semak Mata KEJARA
Semak Tender Kerajaan
Tempahan MAS
Tempahan Firefly
Tempahan Air Asia

Mutiara Al-Quran
Sewa IKLAN
Untuk iklan hubungi kudin468@gmail.com
Senyum Tapir Terdahulu
UNTUK MENGIKUTI MAKLUMAT SERTA PERBINCANGAN LANJUT, DAFTARKAN DIRI ANDA SEBAGAI AHLI SAUJANAUTAMA.NET SECARA PERCUMA
News
-PENGUMUMAN AKTIVITI -
Admin on January 05 2008 22:57:40 · Print
SMKSU Cemerlang Di Karnival Sains Dan Teknologi Kuala Selangor 2008

Karnival Penggalakan Sains & Teknologi Peringkat Daerah Kuala Selangor 2008 telah berlangsung di SM Sains Kuala Selangor pada Selasa 1 Julai 2008. SMKSU tidak ketinggalan menghantar wakil dalam pelbagai acara yang diadakan. Kejayaan yang dianggap cemerlang dicapai apabila SMKSU meraih pelbagai hadiah dalam pertandingan yang diadakan sebagaimana berikut :-

a. Pertandingan Solar Car Race - Johan
b. Saintis Muda - Johan
c. Teknologi Pelancaran Roket - Tempat Ke-3
d. G-Maths - dua peserta sampai ke peringkat separuh akhir

Sementara itu, Johan Saintis Muda dari SMKSU akan mewakili Kuala Selangor ke peringkat negeri yang akan diadakan pada 7 Julai 2008 di Klang, Selangor Darul Ehsan. Tahniah diucapkan kepada mereka. Karnival ini diadakan bagi memupuk minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi melalui aktiviti yang diadakan.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 01 2008 23:37:37 · Print
Perubahan Waktu Operasi Stesen Minyak SBCR

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad bercakap baru-baru ini bahawa kerajaan menetapkan masa operasi stesen minyak di seluruh negara diseragamkan dari pukul 6 pagi hingga 11 malam. Arahan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai dan mana-mana stesen minyak yang mahu beroperasi 24 jam perlu mendapat kelulusan daripada kementerian. "Pertimbangan akan diberikan berdasarkan kepada keperluan sesuatu lokasi. Langkah ini diambil untuk membantu pengusaha meringankan beban kos elektrik dan pekerja,” katanya.

Stesen Minyak Petronas SBCR/Saujana Utama yang dihubungi mengesahkan telah menerima arahan tersebut. Oleh yang demikian, waktu operasi Stesen Minyak SBCR akan diubah kepada mulai jam 6.00 pagi hingga 12.00 malam. Manakala waktu kedai runcit pula antara 6.00 pagi hingga 10.30 malam. Walau bagaimanapun waktu kedai runcit akan dilihat berdasarkan permintaan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan. En Zakaria, Pengurus stesen tersebut sebelum ini pernah mendakwa hasil jualan menurun kira-kira 25% akibat kenaikan harga petrol.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on July 01 2008 15:39:20 · Print
Bengkel Motivasi & Pengurusan Strategik KIDaS

KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) telah mengadakan Bengkel Motivasi Dan Pengurusan Strategik Di Hotel Prescott, Klang pada 28 & 29 Jun 2008. Seramai 35 peserta yang terdiri daripada AJK Pengurus KIDaS, tenaga pengajar dan kakitangan sokongan KIDaS serta berapa orang AJK Surau Al-Hidayah telah mengikuti bengkel ini. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ustaz Kahfi Ngiso, Penolong Pegawai Tadbir Agama Kuala Selangor. Dalam ucapan perasmiannya Ustaz Kahfi menyarankan agar semua tenaga pengajar dapat terus cekal dan tabah serta sentiasa berusaha mempertingkatkan diri dengan segala macam ilmu bagi memperbaiki diri.

Bengkel ini turut diisikan dengan ceramah motivasi oleh Ustaz Hj Mohd Fadzil Hj Ismail, Pengarah Urusan Ad Darain Enterprise yang menyentuh tentang bagaimana Rasulullah s.a.w bertindak sebagai pendidik. Selain daripada itu beberapa pembentangan kertas kerja cadangan telah dikemukakan yang seterusnya menjadi asas dalam bengkel membentuk Pelan Strategik KIDaS pada masa akan datang. Kertas utama cadangan Pelan Strategik KIDAS telah dibentangkan oleh Pengerusi AJK Pengurus KIDaS, Sdra Hassan Masrom yang mencadangkan Visi KIDaS untuk menjadi sekolah yang unggul menjelang 2010 di Daerah Kuala Selangor.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on June 30 2008 07:55:26 · Print
Khemah Ibadah SMKSU 2008

Suatu program Khemah Ibadah telah diadakan di SMK Saujana Utama pada 27 dan 28 hb Jun 2008 di kawasan sekolah. Seramai 60 pelajar telah mengkuti program yang merupakan anjuran bersama Panatia Agama dengan Persatuan Pelajar Islam ( PERSIS ). Satu majlis perasmian yang ringkas telah diadakan pada 27 Jun dan disempurnakan oleh Pn Salmah Bt Mohd Yasin, Pengetua SMKSU. Antara pengisian program ialah ceramah dan qiamullalil di surau sekolah.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on June 29 2008 20:23:33 · Print
Ekoran Penggantungan Tugas Orang Kanan MB Selangor

Berita serta cerita cerita berkisar dengan ekoran penggantungan tugas Pegawai Khas Dato' MB Selangor, Tn Hj Yahya Shaari sebagaimana yang tersiar dalam media masa arus perdana serta laman-laman blog sedikit sebanyak meresahkan kita di Saujana Utama. Ini adalah kerana Tn Hj Yahya hadir ke Saujana Utama pada 15 Jun lalu bagi merasmikan Pusat Khidmat Rakyat ( PKR) Saujana Utama serta turut hadir dalam Perasmian Bangunan KAFA Integrasi Darul Syahadah (KIDaS).

KIDaS, SUTRA, Pejabat PKR serta pelbagai pertubuhan lain dilihat menggunakan kesempatan pada 15 Jun bagi menyampaikan hasrat masing-masing menerusi Tn Hj Yahya sebagai saluran penting bagi menyampaikan hasrat untuk dipanjangkan kepada Dato' MB Selangor. Tidak tahulah apa yang terjadi dengan surat, laporan, proposal serta kertas kerja yang dikemukakan. Diharapkan sesuatu yang baik tetap diperolehi, untuk manfaat serta kepentingan penduduk di sini.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on June 25 2008 23:37:19 · Print
Kempen Elak Kecurian Motosikal


Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on June 25 2008 02:10:00 · Print
Urusniaga Kad Kredit Di Stesen Minyak Dihentikan ?

Semua stesen minyak di seluruh negara dikatakan akan menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit mulai hari ini sehingga kerajaan memenuhi tuntutan mereka supaya menaikkan komisen jualan minyak. Keputusan itu dibuat selepas Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) menerima pandangan semua 3,500 ahli persatuan yang terpaksa menanggung beban akibat peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank. PDAM memberi contoh bagi setiap liter diesel yang dijual, pengusaha hanya memperoleh keuntungan 4.5 sen tetapi terpaksa menanggung caj bank sebanyak 2.58 sen.

Walau bagaimanapun difahamkan Stesen Minyak Petronas SBCR/Saujana Utama masih menerima penggunaan Kad Kredit ketika berita ini ditulis. Menurut sumber itu lagi, mereka sedang menunggu perkembangan lanjut sama ada akan turut menghentikan penggunaan kad kreditr atau tidak.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on June 25 2008 00:00:00 · Print
Detik Cemas Kerana Kehadiran Bomba

Pada hari Sabtu 21hb Jun yang lepas, penghuni Jalan Flora 4 dikejutkan dengan kehadiran pasukan Bomba Dan Penyelamat Sg Buloh. Kedatangan mereka adalah untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang tersangkut di dalam paip air yang mengalir dari atas bumbung. Dimaklumkan bahawa sudah bermacam cara penduduk di situ cuba mengeluarkan kucing yang terperangkap selama 3 hari.

Pihak Bomba bertungkus lumus dan mengunakan semua peralatan yang ada bagi memastikan semua dapat berjalan lancar. Apakah kesudahannya ? Berjayakah pasukan bomba dalam misinya ? Ikutilah kisah seterusnya ...

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on June 24 2008 01:07:04 · Print
Hari Penyampaian Kad Kemajuan

22 Jun 2008 ialah Hari Penyerahan Kad Kemajuan bagi SK Saujana Utama dan KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ) Saujana Utama. Kesempatan ini telah diambil oleh ramai ibubapa yang hadir ke sekolah bagi membincangkan hal ehwal akademik dan sahsiah anak masing-masing dengan guru kelas anak masing-masing. Ada yang terpaksa mengambil cuti sehari dan juga yang memohon kebenaran untuk keluar sekejap daripada majikan masing-masing.

Sementara itu di KIDaS, para ibubapa yang hadir turut mengambil kesempatan meninjau bangunan KIDaS yang baru siap serta di rasmikan minggu lepas. Manakala Hari Penyampaian Kad Kemajuan bagi SMK Saujana Utama dijadualkan diadakan pada hari Jumaat 27 Jun 2008.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on June 24 2008 00:53:47 · Print
Jumble Sale Di Surau Al-Hidayah

Satu aktiviti jualan ala Jumble Sale telah diadakan di Surau Al-Hidayah pada 22 Jun 208, mulai 9.30 pagi. Jualan ini diadakan untuk mendapatkan dana bagi Tabung Surau Al-Hidayah hasil daripada peralatan perabot terpakai termasuk kipas, meja dan kerusi yang diperolehi daripada pelbagai pihak termasuk kegunaan KIDaS sebelum ini. Walaupun jualan agak perlahan pada awal pagi, namun sambutan yang mengalakkan diterima apabila menjelang tengahari. Jualan tamat pada jam 12.45 tengahari dan sebanyak RM 2,095 berjaya diperolehi. Difahamkan bahawa jualan pusingan kedua akan diadakan atas permintaan ramai.

Sementara itu, kabin atau kontena yang digunakan oleh KIDaS sebelum ini juga menerima permintaan yang tinggi, Walau bagaimanapun 4 unit kabin tersebut telah ditempah dan akan diangkut keluar dalam masa terdekat untuk dijadikan kelas KAFA di Puncak Alam. Penggunaan kabin sebagai kelas KIDaS pernah menarik perhatian ramai termasuk media masa sebelum ini dan akan tinggal dalam lipatan sejarah penduduk di Saujana Utama.

Lagi gambar dan perbincangan lanjut.

Admin on June 23 2008 08:40:25 · Print
Page 1 of 16 1 2 3 4 > >>
* Pusat Khidmat Rakyat
* Berakhirnya PRU12
* Setahun PSS SBCR
* Oh ! Ramadhan
* Selekoh maut di SU
* Salam Kemerdekaan
* Su.net Dilancarkan
* Of Pedra Branca
* The Meaning Of Success
* 50 Years Of Merdeka
* About The Journey
* Bola Itu Bulat
* To Educate Is ...
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Users Online
Guests Online: 1
No Members Online

Registered Members: 498
Newest Member: syam5151
Shoutbox
You must login to post a message.

ddn
04/07/2008 23:16
ada kecik juga punya problem

ms_aeron
04/07/2008 23:07
suam2 kuku...hari tu ko apsal tak keje?

ddn
04/07/2008 22:59
aeron, kau dah sihat ke

berlingomerah
04/07/2008 22:06
ye ker thanks a lot dbins...besok gak aku pergi betul

Isma_A7
04/07/2008 21:59
bagus la dbins ni..alert pasal keta kwn2. keta aku pun dpt attention. tapi aku tak tukar lagi bulb. he..

dbins
04/07/2008 21:02
eh hilang dah... smiley

dbins
04/07/2008 21:01
berlingo, check lampu brek dua2 taknyala... lampu ke-3 je nyala...

mimiejibam
04/07/2008 19:42
cikliah...dah solat maghrib? smiley

hamas
04/07/2008 17:15
yang today dipilih daripada kalangan pemimpin pelajar .. yang next week istimewa sebab kaunselor yang pilih ..

kicapsoda
04/07/2008 16:49
yeyyy...ada peraduan. dpt ciskek yek?? best nie smiley

mimi
04/07/2008 16:40
CityG,urgent la jugak hahahah...

Ujang
04/07/2008 16:02
Domenech kept on as France coach ........ Apa ra a a a a a

Ujang
04/07/2008 16:01
Hamaas, anak saya next week. Nape beza? SMSU & Surau beza ka . . . .

hamas
04/07/2008 15:42
alhamdulillah ... 120 peserta Kursus BTN Jatidiri Remaja telah check-in ...

yatt
04/07/2008 15:12
he..he...orked. sample dah habis

orked
04/07/2008 14:47
Yatt, sebelum nak bagi nama...bagi rasa dulu boleh???

cikliah
04/07/2008 14:41
wahhhh... nak masuk peraduan... smiley

orked
04/07/2008 14:39
sedap nie...jap nak pi jenguk

yatt
04/07/2008 14:34
haaa...uols dijemput masuk peraduan kat FP aku ye...hadiah dia ciskek sebijik

Isma_A7
04/07/2008 14:33
cikliah, tak bukak la.. nak kirim payment ke? :-Monday..

Shoutbox Archive